Friday, December 28, 2012

tarra...!!

oh..begini rupenya menjadi blogger..em, boleh tahan..bolehla menjana masa lapang aku yang sentiasa terluang tanpa hala tuju pasni..bidang menaip ni merupakan arena yang paling aku lemah..sebab tangan aku ni xbape nk multipurpose sangat tapi kalau bab menggunakan tangan untuk memasak, haa..nilah tangan emas yang boleh menghasilkan resepi di zaman silam..ahaha.mesti kalau ayu,ain,puteri bace post aku ni semua pakat2 standby penyapu, penyodok, mop nak belasah aku sbb sebenaye kalau bab masak aku la makhluk yang paling cuak nak masak takot terlebih sedap..

ok berbalik pada tajuk post ni yang ala2 bunyi mcm orang nk bg surprise je kan..mmg pon sebenaye nilah buah tangan aku yang sulung yang mana sangat rumit untuk aku ceritakan prosesnye..sebenarnya aku telah dipaksa siang malam pagi petang oleh jiran searas dengan aku iaitu ayu untuk mengepost sesuatu dlm blog aku ni. melihatkan kesungguhan beliau memberi tutorial percuma sambil makan tgh hari tadi, aku dgn simpatinye telah berusaha keras untuk menaip, mengerah otak, mestreching jari jemari aku untuk menghasilkan satu entri untuk ayu..jadi buat ayu yang menanti2kan post daripada aku, silalah follow blog aku pasni ok.

aku mmg suka bace blog tp xtau pulak nk buat blog ni mcm nk g proomnight kena touch up make over segala macam..aku pulak memang tak la  nak buat benda2 yang leceh camni..tp aku telah dibasuh oleh ayu untuk mencuba mengexplore segala aplikasi yang ade dlm blog ni..maka bermulalah aku memilih wiget, gadjet, layout, etc..dgr benda2 ni pon aku dah nak muntah, err...komplikated..tapi berkat kesungguhan aku serta di tambah dgn tunjuk ajar drpd ayu, aku tlh berjaya meletak beberapa wiget..mcm byk je bunyi nye kan..tp senanye aku buh 2 wiget je..jam yang ade spongebob tu ayu yg tlg letak td time bg tutorial kat aku..aku tambah gambar pinggu,pastu benda apetah yang terapung2 di udara tu..

sekalung terima kasih aku tujukan buat ayu yang telah memberikan satu aktiviti yang boleh mengisi keboringan aku di kala ini..maka bermula dr hari ni bertambah la hobi aku selain drpd membaca blog orang dan memberi makan ketam batu peliharaan ayu yang aku tgk sgt terseksa dalam bekas tapaware tanpa pengudaraan yang baik serta pemandangan yg sgt tiruan buatan ayu..ape yg aku boleh kate,bersabarlah wahai ketam masa kau akan tiba nanti..semoga kau tak terkena petir dekat tingkap bilik ayu tu..musim2 hujan ni mesti kau takut kan..t_t

cukup di sini dahulu aku rase..nantikan post yang akan datang pada tahun akan datang..tu pn kalau aku rajin dan bersemangat lg lah..kalau x, mmg berhabuk la blog aku ni..